Resepi Bubur Nasi Ikan Bilis,Resepi ikan bilis ringkas dan sedap untuk seisi keluarga.Pelbagai idea resepi ikan bilis yang menarik "confirm" semuanya ringkas,mudah & sedap!
Bahan Bubur Nasi Ikan Bilis:
1/2 awan beras dimasak dengan air yang banyak
Bahan yang dimasukkan sekali:
1 batang serai titik
2 ulas bawang putih ketuk
2 hiris halia
2 ekor sotong
Segenggam isi ayam
1 biji kentang dadu
1 sk pati ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Cara Menyediakan Bubur Nasi
- Semua bahan dimasukkan sekali kecuali cendawan tiram.
- Masukkan cendawan diakhir proses selepas bubur tadi masak.
- Angkat dan hidangkan bersama ikan bilis serai.
Bahann Ikan Bilis Serai
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
10 biji cili padi
2 batang serai dihiris nipis
Cara Menyediakan Ikan Bilis Serai
- Panaskan minyak.Goreng ikan bilis sebentar dan terus masukkan bawang besar
- Bila bawang nampak layu dan ikan bilis hampir garing masukkan serai.
- Goreng hingga garing dan akhirnya masukkan cili padi.
Kredit:resepimudahberbuka
