Tempoyak Ikan Bilis - Ikan Bilis Sabah - Bilis Sabah



Tempoyak Ikan Bilis special untuk keluarga tersayang.Resepi tempoyak ikan bilis sangat senang dan boleh saja dibuat di rumah.Tempoyak ikan bilis ni sangat sedap dan mudah!

Masa Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit

Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan tempoyak ikan bilis:

Ikan bilis lebih kurang segenggam penuh atau ikut anggaran sendiri
Tempoyak 3-4 sudu besar
Bawang besar satu biji – dihiris
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
Bawang putih 2 ulas
Cili merah 1-2 biji
Cara Penyediaan:
Cili padi 15-25 biji (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)

Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi.Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan garam dan kacau.Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata.

Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati.

Tips

Resepi ini lebih sedap jika di makan bersama nasi panas dan juga lebih sedap jika bahan-bahannya ditumbuk berbanding dikisar.

Oleh : Yong Salmi

Hubungi Kami

Name

Email *

Message *