Resepi Sambal Ikan Bilis yang sangat sedap! - Ikan Bilis Sabah - Bilis Sabah

Resepi sambal ikan bilis buat anda sekeluarga.Untuk masak resepi sambal ikan bilis ni kita boleh masak ikut suka hati.Boleh lebihkan minyak jika suka, boleh tambahkan air jika suka sambal sedikit cair dan boleh juga masak hingga kering. Kepada yang sukakan sambal ikan bilis pedas hanya biarkan sambal garing sekejap sahaja. Kepada yang tidak suka pedas, masak sambal hingga garing agak lama, hingga bertukar ke warna agak gelap.

Pastikan cili kering yang korang beli tu cili kering china bukan india. Sebab chili kering india pedasnya agak melampau, walaupun dah tumis sampai garing, still pedas giler lagi.Pastikan juga kandungan bawang mencukupi, lebih pun ok. Kalau cili blend kita kurang bawang, time kita masak cili tu tak ada bau wangi, nanti rasa sambal pun kurang sedap. Lagi satu, pastikan minyak untuk menumis cukup, kalau minyak kurang, agak kureng lah rasa sambal tu nanti.

Untuk blend cili pula, pastikan korang buang biji cili. Kalau korang rajin boleh la buang biji cili sampai licin. Kalau tak berapa rajin, buat macam BW, buang biji cili lebih kurag ajer. Caranya, gunting cili kecil-kecil kemudian ramas menggunakan surat khabar. Biasanya biji cili akan turun kebawah, so asingkan jer cili tu. Cucu bersih cili kering yang dipotong, then rebus hingga mendidih dan kembang. Tapis cili tu, kemudian blend bersama bawang. Disebabkan cili dah kembang, bila kita blend ianya senang hancur.

Bahan-Bahan;

- 1 Cawan Ikan Bilis
- 20 Helai Cili Kering  (Dikisar)
- 2 Biji Bawang Kecil  (Dikisar)
- 2 Biji Bawang Besar (Dikisar)
- 1/2 Biji Bawang Besar (Dihiris)
- 4 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
- 1 Cawan Minyak Masak
- Garam (Secukupnya)
- Gula (Secukupnya)
- Air Asam Jawa (Secukupnya)

Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan empat biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar dua biji.

Cara-Cara;

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
1. Keluarkan ikan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
2. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
3. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
4. Kacau lagi dan lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
5. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
6. Tutup api dan hidang.





Sambal bilis sesuai dimakan dengan apa sahaja. Sedap dimakan bersama roti, cucur dan donut. Sedap juga dimakan bersama mee goreng dan bihun goreng yang tidak pedas. Lagi sedap dimakan bersama nasi lemak dan lontong.

Kredit & UP :buatwanita.blogspot.my

Hubungi Kami

Name

Email *

Message *